Archive for May 2012

Novel Khalifah-Khalifah Yang Benar.

Assalamualaikum...

First thing saya nak ucapkan adalah Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua kawan-kawan saya yang berbangsa Iban. Yang tak sambut tu, selamat menjalani cuti pertengahan tahun. Lama juga saya tak 'ngedate' blog, kan? Hehehe... Itu adalah perkara biasa kepada saya yang bergelar pelajar. Okey. Nak ceritera sikit dengan korang.


Kenal siapa itu Khulafa Ar-Rasyidin? Tak kenal? Allah... Teruk teruk... Tak apa, bukan tak kenal. Mungkin tak ingat. Malulah kalau kita sebagai umat Islam tak kenal siapa yang pernah menyandang jawatan Khulafa Ar-Rasyidin ni.

Orang yang di lantik sebagai pemimpin setelah wafatnya kekasih Allah dan Rasul kita, Nabi Muhammad SAW ada empat orang dan keempat mereka ini mendapat gelaran yang berlainan. Gelaran itu diberikan oleh Nabi Muhammad SAW.


1. Saidina Abu Bakar As-Siddiq 
2. Saidina Umar al-Khattab 
3. Saidina Uthman Affan 
4. Saidina Ali bin Abi Talib 


Saya pun pada mulanya tak kenal siapa mereka. Tapi saya ni masa kecil-kecil dah di terapkan dengan cerita-cerita para sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Dalam banyak-banyak tu, paling saya respect adalah empat lelaki ni. Dengar cerita macam tu saja. Kiranya general. Dah besar sikit, otak boleh berfikir dengan lebih matang, saya pun mula membaca buku ilmiah. 


Tahun ni, parents saya kan sambung belajar so dapatlah baucer RM200 setiap sorang. Campur-campur dah dapat RM400. Senang saja nak tambah tu. 200 x 2 dapatlah 400. Apa punya senang. Hehehe... Saya seorang yang ulat buku. Bagilah apa-apa buku mesti saya akan baca. Saya suka baca tapi tak suka mengisi buku NILAM. Betul! Dah berpuluh-puluh buku saya baca tapi adalah lima enam buku yang saya masukkan dalam buku NILAM.


Mak benarkan saya beli buku rujukan. Saya belilah. Saya minat pada novel-novel sejarah hasil karang Abdul Latip Talib. Banyak sangat pilihan novel. Tapi boleh ke beli buku guna baucer. Mama saya cakap boleh. Dalam banyak-banyak tu (buku berunsurkan Islam), saya tertarik pada buku yang berjudul "Ali Bin Abi Talib. Mutiara Ilmu Islam." Tertanya-tanya juga buku ni berkaitan apa. (Sebenarnya cover buku dia cantik bukan sebab nak tahu isi.) Saya pun ambil.



(Cantik apa?)


Balik rumah, terus baca. Dalam masa tiga hari saya mampu habiskan baca. Tak kan novel tebal 500++ muka surat boleh habiskan ini baru 328 muka surat. Sikit saja tu. Ilmu, siapa yang tak nak? Kebetulan saya form 2. Pembelajaran Sirah dan Tamadun dalam buku teks Pendidikan Islam ada kaitan dengan Saidina Ali, bacalah. Bolehlah share-share dengan kawan apa yang kita tahu mengenai Pemuda Yang Berani ni.


Di sebabkan Saidina Ali, saya menanam impian nak cari 3 lagi Khalifah Ar-Rasyidin yang lain. Sebulan kemudian, saya pergi ke Popular bahagian Bintulu. Tengah-tengah cari buku suddenly adik saya tunjuk sebuah buku. Kejap jap jap.. Saya tunjuk muka depan dia. (Minta tolong daripada Mr. Google Images)


(Cantik kan cover dia? Orang yang ada darah seni saja faham. Macam saya! ^.^)


Akhirnya saya memiliki semua cerita mengenai Khulafa Ar-Rasyidin! Alhamudlilah. Kepada penulis buku ni, En. Abdul Latip Talib, terima kasih banyak-banyak sebab buku ini amat bermakna kepada saya. Mendekatkan saya untuk mengenal sahabat-sahabat Rasulullah SAW.


Buku ni setebal 763 muka surat. Buku saya cover dia tebal keras. Empat buah buku di aplikasikan kepada sebuah buku. Senang nak baca ni. Buku saya yang fasal Saidina Ali di pinjam Ustaz Faez. Sampai sekarang tak bagi-bagi balik. Aiyooo... Ustaz, kalau saya bagi ustaz, ustaz nak tak? Kalau saya okey saja sebab dah dapat buku baru!


Okeylah, sampai sini saja. Nak baca buku.









p/s:: Harga dekat Sarawak harga dia RM68.00. Apa macam? Buku Mahal saya sanggup beli janji ada isi yang bermanfaat. Ustaz Faez, hahaha... Mari kita berbahas fasal mereka! Saya akan pastikan Ustaz Faez kalah...







Leave a comment

Idola

Assalamualaikum!


Petang dah hari, so saya pun nak lah update entry. Apa kes untuk kita hari ni? Waseh, bunyi macam dalam mahkamah saja. Tak ada kes sebenarnya tetapi saya nak kongsi sesuatu yang berkaitan dengan topik kita. Iaitu IDOLA .


Dalam hidup kita, mesti ada orang yang memberi inspirasi kepada kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau kepada para pelajar orang yang menyebabkan kita mahu belajar bersungguh-sungguh. Saya pun macam tu juga. Ada orang yang sentiasa memberi saya inspirasi untuk teruskan kehidupan yang penuh liku dan juga orang yang memberi saya semangat belajar bersungguh-sungguh. 


Jadi, orang pertama yang memberi saya inspirasi adalah Nabi Muhammad SAW. Kekasih Allah. Rasanya sebagai umat Islam, Rasulullah SAW sangatlah popular. Peribadinya yang mulia itu menyebabkan kita mahu mengikuti seperti sikap-sikap yang terpuji. Saya pun nak juga ikut sikap macam Rasulullah. Sopan gitu. 


Selain daripada Nabi Muhammad SAW, seorang lagi orang yang popular juga. Khalifah yang keempat dalam Khalifah Ar-Rasyidin. Wow, siapakah itu? Jeng jeng jeng! Itulah sepupu Nabi Muhammad SAW. Saidina Ali bin Abi Talib. Semua orang tahu mengenai sepupu Nabi Muhammad ni kan? Seorang yang membela agamanya. Seorang yang dekat dengan Nabi Muhammad. Seorang yang mencintai Rasul utusan Allah sehingga sanggup menggantikan tempat Nabi Muhammad ketika orang-orang Musyrikin hendak membunuh Nabi Muhammad. 


So, apa yang hebat mengenai Saidina Ali ni?

Hebatnya mengenai sepupu Rasulullah ini adalah bagaimana dia berkata-kata. Hampir semua ucapannya itu bermakna. Kiranya ada isilah. Kalau kita zaman sekarang, cakap kosong saja banyak. Tak ada manfaat. Tak isi. Hampeh gitu! Tapi, Saidina Ali, kata-katanya tu penuh dengan mutiara yang mungkin sekarang kita tak akan temui lagi orang yang seperti Saidina Ali. 


Itu dari segi agama. Sekarang kita beralih kepada pendidikan. Saya minat dua subjek. Sains dan Sejarah. Tapi saya mulakan dengan Sains dulu. Siapakah idola saya dalam subjek Sains? Rasanya orang Malaysia kenal sangat dengan Encik Angkasawan kita. Tak lain dan tak bukan iaitu Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.


(Handsome, kan? Smart lagi tu!)

Saya dulu, memang anti-Sains. Bagilah apa-apa kerja rumah fasal Sains, saya memang tak akan buat. Bukan apa, kena ingat itulah. Kena ingat inilah. Macam-macam benda kena ingat. Saya tak suka perkara ingat-mengingat ni. Sains saya masa tu pun C saja. Tak pernah naik-naik. Mak saya pula membebel dengan saya sebab semua subjek okey saja. Canteeek...Bila tengok Sains, terbeliak jugalah mata mak saya tengok kad laporan. Hehehe. Ampun mak!


Namun semuanya berubah apabila kehadirian Angkasawan Negara! Yearh! Penyebab mengapa saya berubah. Saya ikut segala perjalanan dia ke angkasa lepas. Jeles apa orang yang bukan calang-calang pat pergi ke angkasa? Dari situlah saya minat dengan subjek Sains dan akhirnya menyebabkan saya dapat A dalam ujian. (Tapi Math yang sekarang drop! Aduh..)


Untuk subjek Sejarah. Saya tak kenal mana-mana SEJARAWAN MALAYSIA. Serius! Saya tak kenal walaupun saya adalah peminat subjek Sejarah. Jadi, saya ambillah cikgu Sejarah saya. Macamlah tak kenal. Korang kan ada baca post yang ni. Orang yang sama mengajar saya subjek Sejarah, Mr. Muhammad Nur Hakim bin Abdul Rahman. (Panjang giler nama dia, kan?)


Bukan di sebabkan muka dia handsome yang menyebabkan saya tertarik dengan subjek ni tetapi cara dia mengajar yang sangat laju macam kereta api tak ada break. Hahaha, Mr. Hakim sorry kutuk tetapi realiti! Dia seorang yang relax dan cool (seperti korang tahu). Tetapi! Hah, jangan ingat muka cikgu Handsome ni tak pernah marah. Pernah! Tapi itu rahsialah. Biarlah sebagai kenangan saya. 



(Yang baju biru tu Mr. Hakim)


Pesanan saya buat Mr. Hakim, mengajar janganlah cepat sangat nak explained. Saya yang ternganga dengar cikgu buat penerangan kat depan.


Seterusnya, fashion. Bukan fashion macam Lady Gaga. Tetapi fashion tudung HANA TAJIMA! Siapa tak kenal pereka tudung ni. Muka dah lah cantik, cun sangat bertudung.


(Muka macam Ella ada tak?)

Jujur saya mengaku, dulu saya memang jenis orang tak pakai tudung. Pakai pun bila nak pergi sekolah ataupun pergi mengaji. Terdetik di hati nak pakai tudung bila tengok sepupu saya, Kak Pjah bertudung dengan macma-macam fashion, hati saya tergerak dan berkata "Ya Allah, cantiknya kalau orang pakai tudung!"  Jadi, saya niat ikhlas pakai tudung tanpa paksaan. (Sampai sekarang nak ikut style tudung Hana Tajima tak menjadi-jadi! ==')


Fashion dah, sekarang masuk ke bahagian sukan. 


Saya kaki bola. Pantang tengok bola, confirm nak sepak. Hahaha... Sampai pernah mak saya kata dengan saya "Kau tu perempuan. Bukannya jantan. Semua fasal kau, bola. Makan bola baru tahu!".. Hahaha serius saya katakan, itu adalah minat saya. Lebih tepat hobi. Bukannya saya nak jadi pemain bola sepak pun. Tunggu saya dapat kalahkan Encik Matsah < -- (Ayah saya).


Siapa saya minat? Saya minat dua orang. Nazmi dan Mokhtar Dahari. Apa ingat saya minah tak kenal lagend bola sepak? Boleh blah okey? Memang kunolah saya kalau tak kenal lagendary bola sepak.



(Gewe saya.. ^.^ Perasaan giler!)


USIA sangat muda tapi sangat popular. Dulu orang tergila-gilakan Muslim Ahmad, sekarang Nami ni pula. Walaupun saya minat Nami, di hati tetap Muslim Ahmad! Dialah DEFENDER Malaysia yang terbaik. Bagi saya.


(Muslim Ahmad. Muka cam Fizz Fairuz ada tak?)

Lagendary bola sepak tanah air, Super Mokh!!! Yearh... SIAPA tak kenal dengan lagend bola sepak asal negeri Selangor ni. Kerana dialah Malaysia dulu sukar untuk di kalahkan sampai pernah sekali lawan Arsenal 2-0. Hebat apa? 


(Super Mokh)

Itulah orang-orang yang memberi saya inspirasi. Panjang juga entry untuk kali ni. Tak apalah. Tangan dah gatal sangat nak menaip. Saya stop di sini saja. Kita jumpa di lain entry!



p/s: Siapakah idola anda?










Posted in , | Leave a comment

Nak Lupakan Kekasih Lama?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam 1Malaysia. Waseh, bersemangat giler saya!


Pagi-pagi dah kena kejut oleh adik pergi sarapan. Saya cakap awal-awal, ya? Saya tak suka sarapan! Entah kenapalah saya tak suka sarapan. Mak saya jarang sediakan sarapan untuk saya. Nak tahu kenapa? Sebabnya adalah bila mata saya dah celik, matahari dah tegak atas kepala. Sejak dua tahun jadi pelajar SMK ni, ya Allah! Allah saja yang tahu betapa letihnya. Rehat macam tak cukup saja. 


Tak kisahlah kalau korang nak copkan saya sebagai 'anak dara' yang tak senonoh. Tak kisah okey? Umpatlah fasal saya. Lagi saya suka. Dapat free pahala. Hahaha.. 


Malam tadi saya tengah melayan seorang kawan yang tak boleh lupakan kekasih lama. Sedih jugalah cerita dia tetapi kalau dah dikatakan tiada jodoh, nak buat macam mana? Kesian jugalah saya tengok kawan saya. Dia jenis seorang yang happy go lucky tetapi dalam hati, hanya dia dan Allah saja yang tahu. 


Saya nak jugalah share serba sedikit tips macam mana nak forgetkan orang yang dah tak sayangkan kita.


1. Doa.
-- Doa inilah kekuatan kita sebenarnya. Senjata yang sangat hebat mengalahkan machine gun. Kita doalah kepada Allah (yang non-muslim ikut cara masing-masing, ya?). Doa agar jauhkan dia dari kita. Minta di beri ketenangan dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan tanpa ada dia di sisi. Allah masih ada dengan kita. Tak perlu kita nak merengek-rengek menangis kata "AKU TAK BOLEH HIDUP TANPA ADA DIA DI SISI!" boleh jalan la! Ingat kalau kita kata macam tu dia nak kembali dengan kita? Tak ada maknanya okey! Allah tahu siapa jodoh kita... 


2. Usaha.
-- Lepas doa, berusahalah. Berusaha untuk buang semua jenis kenangan antara kita dan orang yang bernama EX tu. Buang apa-apa barang yang dia berikan. Gambar. Dan yang paling penting adalah kita kena 'DELETE' semua kenangan kita di dalam memory otak kita. Macam mana nak 'delete'? Nanti saya bagi tahu.


3. Tawakal.
-- Serahkan semunya kepada Allah. Allah tahu apa yang Dia rancangkan kita untuk kita. Jalanilah kehidupan seperti biasa umpama semalam tiada apa yang berlaku. Buka buku baru dan binalah azam baru. 



4. Sibukkan diri.
-- Ayat ni memang popular. Tak kira korang pergi mana-mana blog yang ada mengisahkan tentang cinta, ayat sibukkan diri mesti ada. Memang betul tau fasal sibukkan diri ni. Cuba kita sibukkan diri buat kerja or belajar. Atau hang out lepak dengan kawan-kawan. Memang kita akan lupa tentang EX kita tu. Saya pernah try. Berjaya!


5. Baca Al-Quran.
-- Bila dah putus hubungan dengan orang yang di cintai, mesti hati kita tak tenang (tak payah nak tipu sebab saya sendiri yang mengalaminya). Hati jadi kucar kacir. Air mata tak nak berhenti menangis. Relax, bro! Pergi air wudhuk lepas tu ambil Al-Quran dan bacalah. Bila baca ayat-ayat suci Al-Quran, hati kita jadi tenang. Fahamilah setiap ayat yang di pertuturkan kerana ia mempunyai maksud yang sayangat  sangat mendalam. 


6. Dekat diri dengan Allah.
-- Dekatkan diri dengan Allah. Hey, setiap cinta hambaNya akan di balas. Tak ada yang tak berbalas. Apa kata kalau kita bercinta dengan Allah? Bukankah lebih baik? Cinta di balas dan kita sentiasa dalam rasa bahagia di sampingNya.*Serius!


Sebagai manusia, kita tak akan lari daripada merasakan perasaan yang bernama Cinta. Saya juga pernah merasakan cinta tu. Ia sememangnya indah tetapi saya rasa tak selesa kalau bercinta dengan orang yang tidak halal bagi saya. 


Kepada kaum Hawa, usahlah habiskan air mata untuk lelaki yang bukanlah jodoh kita. Tak perlu nak cari "SIAPAKAH JODOH AKU?". Tunggu dan sabarlah. Kaum Adam akan cari sendiri tulung rusuknya. Tak perlu di tanya "Tulung rusuk siapakah aku?". Tak perlu nak melalutlah. 


Bagi kaum Adam. Orang wanita sepatutnya di lindungi. Itulah realitinya. Bukan untuk di sepak terajang. Bukan untuk di lepang. Bukan untuk di pemainkan hatinya. Wanita ni hatinya lembut macam nasi. Letak air sikit confirm lembut. Hatinya mudah terluka. Jagailah perasaan kaum Hawa dan bertolak ansur. 


Hey, relaxlah. Hidup kita ni perlulah happy. Jangan lupa nak buat amal ibadah. Tak perlu nak bebankan kepala otak dengan berfikir siapalah jodoh aku? Be cool. Jodoh Allah dah tetapkan. Tunggu masa saja. Setiap insan pasti ada yang tercipta untuknya. (Saya lainlah. Saya hanya milik Allah).










p/s:: Tentang yang delete tu, kita sendiri yang kena usaha cari butang delete dalam sistem otak kita. Ada, cari saja. :)

Posted in , , , | Leave a comment

Kawan dan Twin

Assalamualaikum dan Selamat Pagi! (Saya buat entry ni pada pukul 1:23 a.m.)


Warghh... Mata tak dapat tertutup. Tak tahulah kenapa. Ada motif juga kalau saya tidur akhir-akhir ni. Nak tengok Sinetron Sejuta Cinta Marshanda di TV3 pukul 1.30 sampai 2.30. Bukan apa sebenarnya, last year saya miss tengok cerita tu, Banyak sangat episode miss So konklusinya adalah tengok ulangan pada awal pagi.


Sebelum terlupa, saya nak ucapkan kepada kawan saya, Nana Syamimi atau real name Farzana Syamimi binti Misman, SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOG! Mencabar, menyeronokkan dan pelbagai info. 


Saya stayback malam gara-gara budak bertuah ni. Tapi saya tak kisahlah! Demi kawan dan twin yang saya sayang. Stayback sampai pagi pun tak apa. Hah, saya tak pernah story tentang kawan saya ni. Okeylah. Share sikit kisah tentang budak comel+gangster+jiwang karat...

 

(Pa macam? Cantik kan?)

Macam korang tahu nama dia adalah Nana Syamimi. Budak ni dan saya sama bangsa. Iaitu JAWA. Hey, kami berdua tak pernah malu bangsa kami berdua Jawa. Bangga adalah! Siapa yang orang Malaysia tetapi tak nak mengaku Jawa, surelah korang buat malu diri sendiri. Hehehe.. Lainlah macam kami berdua ni.


Saya dan dia tak sama kelas. Saya kelas A dan dia kelas E. Walaupun tak sama kelas, sebelum masa NILAM kami berdua akan berlepak, merayau-rayau dan segala macam aktiviti yang di lakukan. Masa rehat jarang rehat sama sebab saya yang selalu sibuk. Dia yang selalu free. Saya yang selalu terperap dalam kelas, dia yang selalu keluar pergi kantin. 


Walaupun begitu, jeng jeng jeng! Dalam kelas agama, memang kami sama kelas. Kadang-kadang riuh satu kelas dengan perangai Nana. Dia ni seorang yang lucu. Orang yang dekat sekeliling dia selalu ketawa sebab dia seorang yang pandai buat lawak. Termasuklah saya. Tak ada dia, pelik saja rasa sebab dunia seakan-akan sunyi dan tidak ceria. Fuyooo! Mie, aku dah puji kau tahap TEGA!


Sememangnya manusia tak akan lari dari rasa sedih. Dia pun ada kisah sedih dia. Tapi tak boleh bagi tahulah. Rahsia kami berdua twin saja. 


Apa yang saya boleh katakan, Nana ni lebih cantik dari saya. Lebih sempurna dari saya. Lebih sopan dari saya (saya akui saya seorang yang kasar!) dan juga tahulah menjaga tutur. Tapi kadang-kadang keluar jugalah ayat-ayat 18sx. Hahahaha..

Itu kes dalam sekolah. Luar sekolah, kerja kami dua online Facebook lepas tu Chat. Saya biasanya akan like semua status dia, pemilik FB Nana Syamimi. Dia pun like lah juga status saya. Status dia kadang-kadang lawak, kadang-kadang jiwang karat! Kadang-kadang sedihlah juga. Sebagai twin a.k.a kawan dia juga, saya faham perasaan dia. 


Kalau boleh, saya nak juga sekelas dengan Nana ni. Saya lebih suka berkawan dengan dia sebab kami berdua sangat memahami. InsyaAllah, satu hari nanti kami berdua akan masuk kelas yang sama.


Mie (saya selalu panggil dia Mimie), satu perkara jak aku nak padah an kau, eboh lupa UPDATE status kau selalu! Mun x da aku sekeh palak kau!

Saya selitkn chat kami berdua. Yang tak faham, faham-fahamkanlah ya?








p/s: Nana Syamimi tak suka mamat yang ada janggut so mana-mana laki yang nak usyar dia, pastikan janggut diPOTONG!!!

Leave a comment

Cita-Cita

Assalamualaikum. 


Malam pun dah melabuhkan tirai. Sekarang tengah tulis entry dan juga menonton Fox Movie cerita mengenai TRUST. Err... Saya rasa macam seram saja bila tonton cerita tu. Nak tahu apa kisahnya?


Saya ulas sedikit saja. Kisah tu mengisahkan seorang gadis yang bernama Annie dengan kehidupan dia yang ala sederhana mewah. Tetapi ada satu saja masalah budak ni. Macam kemaruk nak kan cinta. Dia kenallah seorang lelaki bernama Charlie dalam satu laman sosial (saya tak kata FACEBOOK!). Kenal dalam dua bulan macam tu, Charlie ni macam munafik. Kejap kata umur 16. Lepas tu kata umur 20. Suddenly berjumpa rupanya umur 35. Annie tu mula-mula bengang juga dengan Charlie tapi Charlie ni pandai sangat ngayat perempuan jadi tak jadilah marah.


Bahagian ni bahaya sikit, hanya 18 tahun dan ke atas boleh baca (saya tak apa sebab saya yang mengulas). Charlie ni buatlah 'benda' (faham-fahamlah ya?) dengan Annie. Lepas dah buat dia tinggalkan Annie macam tu saja. Kawan Annie ni tadi perasaan akan perubahan Annie dan minta penjelasan daripada Annie. Annie pun cerita. Akhirnya datanglah polis dan FBI. Kiranya kes rogol. 


Itulah bahayanya kalau kita dahh fall in love dengan orang dalam laman sosial. Kita mana tahu dia 'pau' (tipu) kita kan? 


Kes macam ni, nanti saya update dalam entry yang lain. Berbalik kepada topik asal kita. Cita-cita. Semua orang ada cita-cita, kan? Termasuklah saya. 


Masa saya tadika dulu, saya nak jadi cikgu. Nak tahu apa sebab? Sebabnya adalah saya tengok cikgu ni banyak ilmu dan pandai. Bersabar mengajar budak-budak. Jadi, saya tertariklah nak jadi cikgu. Kebetulan pula masa tu mak dan ayah saya cikgu.


Bila dah masuk sekolah rendah, cita-cita saya berubah nak jadi ANGKASAWATI NEGARA. Aeceh-aeceh. Sains pun tak berapa ada hati nak jadi Angkasawati. Masa tu bukan apa, terpengaruh sangat dengan Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Cemburulah sesangat sebab dia dapat pergi ke angkasa lepas. Memang itulah impian saya. Saya nak tengok bumi lebih dekat. Saya nak tahu macam mana indahnya bumi ciptaan Allah.


Naik pangkat sikit, jadi budak UPSR. Cita-cita saya nak jadi seorang drifter. Entah kenapa pula ada keinginan nak jadi seorang drifter. Saya tengok bukan main best lagi diorang bawa kereta laju-laju lepas tu swing. Sebab yang kukuh lagi adalah pengaruh dari adik muda setahun. Ada ke patut ajak main game Need For Speed Underground 2.


Game yang sangat popular di kalangan remaja.


Sebagai kakak melayan jugalah perangai adik saya. Saya main game race dulu. Khusyuk arr main game tu. Dah tak ingat dunia. Balik sekolah, menghadap laptop sampai lupa nak makan. Alih-alih, dah pro sikit barulah berani nak drift. Tapi itu pun spoil!


Dah jadi remaja, masuk form 1 nak jadi photographer. Masa tu saya suka sangat tangkap gambar. Bila masuk restoran, saya suka sangat ambil gambar gelas dan makanan. Edit-edit guna Photoscape, akhirnya simpan impian jadi Professional Editor. Hahaha, berangan saja kuat. Lama dah saya tinggalkan dunia photo-photo ni. Kawan-kawan saya sibuk sangat cerita fasal photo ni, tapi saya dah awal menggunakannya. (Bukan bangga diri).

  


Akhirnya, saya ingin menjadi seorang HOTEL MANAGER. Yang ini serius. Betul, saya serius nak jadi Pengurus Hotel. Kalau boleh bukan saja Pengurus Hotel tetapi CEO hotel tu. Wahahaha. Nak tahu apa yang menyebabkan saya ingin menjadi seorang Pengurus Hotel?


Saya dan family memang dah selalu sangat bercuti dan menginap beberapa hotel di bahagian Sarawak ni. Banyaklah juga pengalaman. Tetapi hotel yang kerap saya pergi adalah Mega Hotel yang terletak di bahagian Miri. Fuyoo, best hotel tu. Memanglah tak macam 5 Stars tetapi yang penting pekerja dia friendly (agaknya lah). 


Satu lagi favourite hotel saya adalah New World Suites di Bintulu. Saya pernah menginap 2 kali di hotel tersebut. Memang saya akui, ini adalah 5 Stars!!! Bilik pun luas. Walaupun bilik yang kami stay tak ada tab mandi, tak kisahlah. Asalkan pagi-pagi bangun dapat mandi menggunakan air heater. ( Saya sangat cuak dengan air sejuk dan sanggup tak mandi kalau tak ada air panas!!!)


Tapi dalam banyak-banyak hotel ni, saya nak sangat menginap Shangri La Hotel and Resort. Kalau dapat jadi manager hotel tu, wah! Seronoknya!


Shangri La



Singapore


Macau


Paris


Abu Dhabi

DAN BANYAK LAGI...

Di Malaysia pun ada juga Shangri La. Kejap ya, saya selitkan gambar.


Gambar kat atas tu adalah Shangri La punya tetapi di Penang. Kalau ada satu dekat Sarawak, saya nak pergi!



Saya yakin setiap kita mempunyai cita-cita yang di ingini untuk tercapai, bukan? Begitulah juga saya. Sebab itulah saya belajar betul-betul untuk pastikan impian saya tercapai.


Okey, nanti saya update post lain okey? Nak singgah blog Incik Zack Zukhairi kejap.




p/s:: Apa pekerjaan yang kita lakukan, restu mak ayah penting! 


Posted in , , , | Leave a comment

Zack Zukhairi?

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Malam (buat entry ni masa tgh mlm).


Hari ni, saya sekali lagi gagal hadirkan diri ke sekolah. Dengan begitu menyesalnya sebab tak dapat datang sekolah dan tak dapat dengar penerangan dari Mr. Hakim. Huhuhuhu... ! Serius saya katakan, bila berkaitan dengan matapelajaran Sejarah, saya alert! Saya suka sangat dengan matapelajaran Sejarah. Tapi sayangnya saya selalu skip kelas Sejarah. Mr. Hakim, minta ampun! 


Okey, berbalik kepada topik asal kita. Zack Zukhairi. Pernah dengar? Pernah lihat atau terserempak dengan mamat handsome ni? Atau pernah lihat kartun dia yang lukis cute miut tu? Hahaha... Itulah ZACK ZUKHAIRI! Pemilik blog REALITI KONSPIRASI. Jap2.. Kita tengok sebentar muka THE BEST BLOGGER. (Bagi sayalah dia the best!)


Apa yang boleh saya katakan (aiseh macam prof saja sal blog) blog dia sangat simple tetapi boleh buat orang gelak sampai terguling-guling atas lantai (berdasarkan pengalaman sebab saya pernah ketawa macam tu). Dia dengan blogger-blogger lain sangat berbeza (memanglah berbeza kalau sama confirm boring, kan?). Entry dia sangat santai dan lucu. Walaupun ada bahasa yang agak 'kasar' tetapi kenalah open minded sikit, kan? Tak kisahlah fasal ayat kasar asalkan boleh enjoy dia punya entry.


Saya terjumpa fasal blog Zack Zukhairi ni bila terbaca ada satu website yang memperkenalkan blogger-blogger yang best. Dalam banyak-banyak tu, saya tertarik dengan blogger bernama Zack Zukhairi. Admin tu adalah bagi ulasan sikit fasal blog Incik Zack ni tadi so saya tekanlah link http://zackzukhairi.blogspot.com . Bila dah tekan, keluar entry sal vitagen. Mula baca, saya ketawa habis-habis sampai adik saya pandang serong dengan saya.


"Anak dara jenis apa akak ni ketawa mengalahkan pontianak. Rasanya pontianak pun takut dengar bila akak ketawa kalahkan dia."


Adik, sorrylah ya. Akak bukan sengaja nak ketawa macam pontianak tapi dah entry tu lawak tak kan akak nak nangis kut? Betul tak?

Saya addict dengan entry Incik Zack. Setiap hari saya akan baca 5 jenis entry yang berlainan dan ke semuanya lawak. Saya berani mengaku semua entry dia lawak! Even adik saya yang kutuk saya pun join saya baca entry Incik Zack tu.


Lama dah Zack Zukhairi menyepi... Manalah dia menghilang sampai tak update entry lagi.


macam ni lah dia punya blog. simple tapi ramai followers!

Saya rasa kalau dalam Anugerah Bintang Popular ada bahagian Blogger Paling Popular, saya akan vote Zack Zukhairi sebagai pemenangnya. Dia lagi popular dari artis! Yes, I admit that!

So, untuk hari ini. Inilah entry nya. Enjoy.


p/s: Incik Zack Zukhairi ni dah berpunya jadi batalkan niat kalau nak usyar mamat sehensem Zack ni.






all picture are credit by google.com

Posted in | Leave a comment

Sebagai Seorang Mak dan Seorang Guru

Assalamualaikum...

Perkara pertama saya ingin ucapkan adalah SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar guru di seluruh Malaysia. Tidak juga di lupa mak dan ayah saya kerana mereka berdua pun guru.



Setiap tahun tanggal 16 Mei, saya dan adik sayalah orang yang paling gembira. Padahal kami berdua bukanlah guru. Mak saya seorang guru yang bekerja di SK Asyakirin. Sejak tahun 2005 sehinggalah sekarang dia mengajar dekat sekolah tu. Bila hari guru ramai pelajar mak saya bagi hadiah untuk dia. Macam-macam hadiah yang pelajar dia hadiahkan. Jadi, kerja saya dan adik adalah membuka semua hadiah.


Bagi saya, menjadi seorang mak kepada dua anak yang bermacam-macam karenah dan menjadi seorang guru yang tegas dan baik dalam memberi ilmu bukanlah sesuatu yang senang. Zaman sekarang adalah saat yang sangat mencabar bagi mak saya. Macam-macam perangai budak yang mak saya kena layan. Walaupun mak saya seorang yang garang, tetapi saya bangga dengan mak saya sebab semua anak murid dia berjaya dalam pelajaran masing-masing.


Bila mak saya di rumah, mulalah kerja dia memasak, mengemas rumah dan macam-macam lagi. Kerja saya dan adik, makan, belajar, sesekali berhibur. Bila kami berdua dah besar, kami berdua berdikari. Masak memang kami dua adalah tahap pro. Iron baju, kerja senang. Kemas rumah lagilah senang. Kalau mak saya tak ada mood nak memasak, saya dan adiklah yang akan kerjakan dapur. Tapi biasanya mak saya akan marah bila tengok dapur bersepah.


Bila mak saya di sekolah, dia seorang yang tegas, garang tapi baik hati. Orang mudah melompat ke konklusi yang dia adalah seorang yang garang. Tetapi bila dah kenal hati budi, barulah orang kata "Eh, Cikgu Rajmah tu baiklah!" 


Saya dulu, selalu sangat gaduh dengan mak saya. Apa yang berkaitan dengan saya, semuanya tak betul di hadapan mak saya. Adik saya selalu di manja oleh mak saya. Jujur saya katakan masa tu saya cemburu dengan adik saya. Bila saya dah besar, baru saya sedar apa yang mak saya lakukan adalah yang terbaik untuk saya.


Walaupun keputusan UPSR saya hanyalah 4A 1B, mak saya tak sedih. Dia tahu itulah usaha saya dan itulah keputusannya. Sebelum UPSR, mak saya selalu pesan dengan saya supaya belajar rajin-rajin sebab orang sekarang tak pandang pangkat kita apa tetapi orang akan tengok ijazah kita apa.


Mak kita banyak berkorban untuk kita sebenarnya. Hargailah dia. Sayangilah dia. Dia yang mengandungkan kita 9 bulan. Macam-macam perkara yang dia alami. Jahat macam mana pun mak kita, dia tetap mak kita. Dialah insan yang istimewa sebenarnya. Tak ada yang dapat menggantikan tempat seorang ibu walaupun kita ada mak tiri or mak angkat. Rasanya berbeza sangat.

Mak, saya sayang sangat mak. Mak adalah penyebab pada semua kejayaan saya. Kerana mak, saya berada di sini. Terima kasih sangat-sangat!


p/s: Mak saya sekarang sangat busy sebab itulah dia jarang memasak. Dia sambung belajar.


Leave a comment

Cinta Sejati Bukanlah Kisah Dongeng

Assalamualaikum...


Letih giler saya hari ini. Biasalah, pelajar. Kalau tak letih bukan pelajar namanya tu. Okey, janganlah terkejut atau hairan sangat dengan tajuk saya. Saya nak kongsi pandangan saya. Tapi, saya akan ceritakan apa yang dah terjadi sebenarnya.


Adalah seorang kawan saya tu (rahsia!), dia suka dengan seseorang dalam diam. Dia dengan orang yang dia suka pun rapat. Lama jugalah dia simpan perasaan tu. Tetapi tak semua yang kita harapkan menjadi sebuah kenyataan. Orang yang dia suka tu dah pun berpunya. Jadi dia ni kecewa sangat sampai dia kata dia tak akan percaya lagi dengan ayat CINTA SEJATI. Bagi dia, cinta sejati hanyalah sebuah kisah dongeng yang akan tetap jadi kisah dongeng.


Korang setuju dengan kawan saya tu? Mungkin sesetengah ya, bersetuju dengan kawan saya. Bukan apa sebenarnya setuju, sama-sama kecewa. Dan pasti juga ada yang membangkang dan berkata cinta itu sememangnya realiti.


Definisi cinta adalah sebuah perasaan kasih sayang. Bukan sahaja bermaksud mencintai kekasih, ibubapa, keluarga dan rakan-rakan pun boleh. Namun kita biasanya menggunakan perkataan cinta khas untuk orang yang kita cintai. Luas maksud cinta. Walaupun kita mencintai seseorang, tak semua cinta akan kita miliki.



Cinta itu akan hadir jua dalam hidup seseorang. Kemungkinan cinta sejati. Jangan terlalu mencari cinta kita kerana, kita akan menemui cinta yang salah. Di sebabkan terlalu mencari, berlakunya kegagalan dalam percintaan dan membuatkan seseorang itu jemu untuk bercinta lagi. Kadang, kita merasakan rasa suka pada seseorang. Tetapi tidak semua perasaan suka itu akan berubah menjadi cinta. Mungkin di sebabkan kita kagum padanya. Jangan salah ertikan erti cinta.



Andai benar berasa jemu kerana gagal dalam percintaan, jangan menganggap cinta itu sebuah kisah dongeng. Memang setiap kisah dongeng yang melibatkan cinta mempunyai pengakhiran yang gembira. Namun ini kisah realiti yang memerlukan akal berfikir dan bertanya pada hati. Pada kaum wanita, tidak perlulah di cari siapakah kekasih hati kerana kaum lelaki sendiri akan mencari tulung rusuknya kembali. Bersabarlah....



Jangan menangis seandainya orang yang kita cintai telah di miliki. Mungkin dia bukanlah jodoh untuk kita dan mungkin bukan yang terbaik untuk kita. Yakinlah, Allah telah mengatur sesuatu pada kita dan hanya menunggu masa. Seeloknya, perasaan cinta kepada Allah janganlah dilebihi. Cinta kepada Allah adalah lebih baik daripada mencintai sama makhluk ciptaanNya. Cinta pasti terbalas olehNya.



::: Aku bukanlah pengemis cinta yang meminta cinta::: Izzul IsLam

Leave a comment
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.