Nak Lupakan Kekasih Lama?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam 1Malaysia. Waseh, bersemangat giler saya!


Pagi-pagi dah kena kejut oleh adik pergi sarapan. Saya cakap awal-awal, ya? Saya tak suka sarapan! Entah kenapalah saya tak suka sarapan. Mak saya jarang sediakan sarapan untuk saya. Nak tahu kenapa? Sebabnya adalah bila mata saya dah celik, matahari dah tegak atas kepala. Sejak dua tahun jadi pelajar SMK ni, ya Allah! Allah saja yang tahu betapa letihnya. Rehat macam tak cukup saja. 


Tak kisahlah kalau korang nak copkan saya sebagai 'anak dara' yang tak senonoh. Tak kisah okey? Umpatlah fasal saya. Lagi saya suka. Dapat free pahala. Hahaha.. 


Malam tadi saya tengah melayan seorang kawan yang tak boleh lupakan kekasih lama. Sedih jugalah cerita dia tetapi kalau dah dikatakan tiada jodoh, nak buat macam mana? Kesian jugalah saya tengok kawan saya. Dia jenis seorang yang happy go lucky tetapi dalam hati, hanya dia dan Allah saja yang tahu. 


Saya nak jugalah share serba sedikit tips macam mana nak forgetkan orang yang dah tak sayangkan kita.


1. Doa.
-- Doa inilah kekuatan kita sebenarnya. Senjata yang sangat hebat mengalahkan machine gun. Kita doalah kepada Allah (yang non-muslim ikut cara masing-masing, ya?). Doa agar jauhkan dia dari kita. Minta di beri ketenangan dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan tanpa ada dia di sisi. Allah masih ada dengan kita. Tak perlu kita nak merengek-rengek menangis kata "AKU TAK BOLEH HIDUP TANPA ADA DIA DI SISI!" boleh jalan la! Ingat kalau kita kata macam tu dia nak kembali dengan kita? Tak ada maknanya okey! Allah tahu siapa jodoh kita... 


2. Usaha.
-- Lepas doa, berusahalah. Berusaha untuk buang semua jenis kenangan antara kita dan orang yang bernama EX tu. Buang apa-apa barang yang dia berikan. Gambar. Dan yang paling penting adalah kita kena 'DELETE' semua kenangan kita di dalam memory otak kita. Macam mana nak 'delete'? Nanti saya bagi tahu.


3. Tawakal.
-- Serahkan semunya kepada Allah. Allah tahu apa yang Dia rancangkan kita untuk kita. Jalanilah kehidupan seperti biasa umpama semalam tiada apa yang berlaku. Buka buku baru dan binalah azam baru. 



4. Sibukkan diri.
-- Ayat ni memang popular. Tak kira korang pergi mana-mana blog yang ada mengisahkan tentang cinta, ayat sibukkan diri mesti ada. Memang betul tau fasal sibukkan diri ni. Cuba kita sibukkan diri buat kerja or belajar. Atau hang out lepak dengan kawan-kawan. Memang kita akan lupa tentang EX kita tu. Saya pernah try. Berjaya!


5. Baca Al-Quran.
-- Bila dah putus hubungan dengan orang yang di cintai, mesti hati kita tak tenang (tak payah nak tipu sebab saya sendiri yang mengalaminya). Hati jadi kucar kacir. Air mata tak nak berhenti menangis. Relax, bro! Pergi air wudhuk lepas tu ambil Al-Quran dan bacalah. Bila baca ayat-ayat suci Al-Quran, hati kita jadi tenang. Fahamilah setiap ayat yang di pertuturkan kerana ia mempunyai maksud yang sayangat  sangat mendalam. 


6. Dekat diri dengan Allah.
-- Dekatkan diri dengan Allah. Hey, setiap cinta hambaNya akan di balas. Tak ada yang tak berbalas. Apa kata kalau kita bercinta dengan Allah? Bukankah lebih baik? Cinta di balas dan kita sentiasa dalam rasa bahagia di sampingNya.*Serius!


Sebagai manusia, kita tak akan lari daripada merasakan perasaan yang bernama Cinta. Saya juga pernah merasakan cinta tu. Ia sememangnya indah tetapi saya rasa tak selesa kalau bercinta dengan orang yang tidak halal bagi saya. 


Kepada kaum Hawa, usahlah habiskan air mata untuk lelaki yang bukanlah jodoh kita. Tak perlu nak cari "SIAPAKAH JODOH AKU?". Tunggu dan sabarlah. Kaum Adam akan cari sendiri tulung rusuknya. Tak perlu di tanya "Tulung rusuk siapakah aku?". Tak perlu nak melalutlah. 


Bagi kaum Adam. Orang wanita sepatutnya di lindungi. Itulah realitinya. Bukan untuk di sepak terajang. Bukan untuk di lepang. Bukan untuk di pemainkan hatinya. Wanita ni hatinya lembut macam nasi. Letak air sikit confirm lembut. Hatinya mudah terluka. Jagailah perasaan kaum Hawa dan bertolak ansur. 


Hey, relaxlah. Hidup kita ni perlulah happy. Jangan lupa nak buat amal ibadah. Tak perlu nak bebankan kepala otak dengan berfikir siapalah jodoh aku? Be cool. Jodoh Allah dah tetapkan. Tunggu masa saja. Setiap insan pasti ada yang tercipta untuknya. (Saya lainlah. Saya hanya milik Allah).










p/s:: Tentang yang delete tu, kita sendiri yang kena usaha cari butang delete dalam sistem otak kita. Ada, cari saja. :)

Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.