Sebagai Seorang Mak dan Seorang Guru

Assalamualaikum...

Perkara pertama saya ingin ucapkan adalah SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar guru di seluruh Malaysia. Tidak juga di lupa mak dan ayah saya kerana mereka berdua pun guru.



Setiap tahun tanggal 16 Mei, saya dan adik sayalah orang yang paling gembira. Padahal kami berdua bukanlah guru. Mak saya seorang guru yang bekerja di SK Asyakirin. Sejak tahun 2005 sehinggalah sekarang dia mengajar dekat sekolah tu. Bila hari guru ramai pelajar mak saya bagi hadiah untuk dia. Macam-macam hadiah yang pelajar dia hadiahkan. Jadi, kerja saya dan adik adalah membuka semua hadiah.


Bagi saya, menjadi seorang mak kepada dua anak yang bermacam-macam karenah dan menjadi seorang guru yang tegas dan baik dalam memberi ilmu bukanlah sesuatu yang senang. Zaman sekarang adalah saat yang sangat mencabar bagi mak saya. Macam-macam perangai budak yang mak saya kena layan. Walaupun mak saya seorang yang garang, tetapi saya bangga dengan mak saya sebab semua anak murid dia berjaya dalam pelajaran masing-masing.


Bila mak saya di rumah, mulalah kerja dia memasak, mengemas rumah dan macam-macam lagi. Kerja saya dan adik, makan, belajar, sesekali berhibur. Bila kami berdua dah besar, kami berdua berdikari. Masak memang kami dua adalah tahap pro. Iron baju, kerja senang. Kemas rumah lagilah senang. Kalau mak saya tak ada mood nak memasak, saya dan adiklah yang akan kerjakan dapur. Tapi biasanya mak saya akan marah bila tengok dapur bersepah.


Bila mak saya di sekolah, dia seorang yang tegas, garang tapi baik hati. Orang mudah melompat ke konklusi yang dia adalah seorang yang garang. Tetapi bila dah kenal hati budi, barulah orang kata "Eh, Cikgu Rajmah tu baiklah!" 


Saya dulu, selalu sangat gaduh dengan mak saya. Apa yang berkaitan dengan saya, semuanya tak betul di hadapan mak saya. Adik saya selalu di manja oleh mak saya. Jujur saya katakan masa tu saya cemburu dengan adik saya. Bila saya dah besar, baru saya sedar apa yang mak saya lakukan adalah yang terbaik untuk saya.


Walaupun keputusan UPSR saya hanyalah 4A 1B, mak saya tak sedih. Dia tahu itulah usaha saya dan itulah keputusannya. Sebelum UPSR, mak saya selalu pesan dengan saya supaya belajar rajin-rajin sebab orang sekarang tak pandang pangkat kita apa tetapi orang akan tengok ijazah kita apa.


Mak kita banyak berkorban untuk kita sebenarnya. Hargailah dia. Sayangilah dia. Dia yang mengandungkan kita 9 bulan. Macam-macam perkara yang dia alami. Jahat macam mana pun mak kita, dia tetap mak kita. Dialah insan yang istimewa sebenarnya. Tak ada yang dapat menggantikan tempat seorang ibu walaupun kita ada mak tiri or mak angkat. Rasanya berbeza sangat.

Mak, saya sayang sangat mak. Mak adalah penyebab pada semua kejayaan saya. Kerana mak, saya berada di sini. Terima kasih sangat-sangat!


p/s: Mak saya sekarang sangat busy sebab itulah dia jarang memasak. Dia sambung belajar.


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.