Assalamualaikum dan Selamat Pagi! (Saya buat entry ni pada pukul 1:23 a.m.)
Warghh... Mata tak dapat tertutup. Tak tahulah kenapa. Ada motif juga kalau saya tidur akhir-akhir ni. Nak tengok Sinetron Sejuta Cinta Marshanda di TV3 pukul 1.30 sampai 2.30. Bukan apa sebenarnya, last year saya miss tengok cerita tu, Banyak sangat episode miss So konklusinya adalah tengok ulangan pada awal pagi.
Sebelum terlupa, saya nak ucapkan kepada kawan saya, Nana Syamimi atau real name Farzana Syamimi binti Misman, SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOG! Mencabar, menyeronokkan dan pelbagai info.
Saya stayback malam gara-gara budak bertuah ni. Tapi saya tak kisahlah! Demi kawan dan twin yang saya sayang. Stayback sampai pagi pun tak apa. Hah, saya tak pernah story tentang kawan saya ni. Okeylah. Share sikit kisah tentang budak comel+gangster+jiwang karat...
(Pa macam? Cantik kan?)
Macam korang tahu nama dia adalah Nana Syamimi. Budak ni dan saya sama bangsa. Iaitu JAWA. Hey, kami berdua tak pernah malu bangsa kami berdua Jawa. Bangga adalah! Siapa yang orang Malaysia tetapi tak nak mengaku Jawa, surelah korang buat malu diri sendiri. Hehehe.. Lainlah macam kami berdua ni.
Saya dan dia tak sama kelas. Saya kelas A dan dia kelas E. Walaupun tak sama kelas, sebelum masa NILAM kami berdua akan berlepak, merayau-rayau dan segala macam aktiviti yang di lakukan. Masa rehat jarang rehat sama sebab saya yang selalu sibuk. Dia yang selalu free. Saya yang selalu terperap dalam kelas, dia yang selalu keluar pergi kantin.
Walaupun begitu, jeng jeng jeng! Dalam kelas agama, memang kami sama kelas. Kadang-kadang riuh satu kelas dengan perangai Nana. Dia ni seorang yang lucu. Orang yang dekat sekeliling dia selalu ketawa sebab dia seorang yang pandai buat lawak. Termasuklah saya. Tak ada dia, pelik saja rasa sebab dunia seakan-akan sunyi dan tidak ceria. Fuyooo! Mie, aku dah puji kau tahap TEGA!
Sememangnya manusia tak akan lari dari rasa sedih. Dia pun ada kisah sedih dia. Tapi tak boleh bagi tahulah. Rahsia kami berdua twin saja.
Apa yang saya boleh katakan, Nana ni lebih cantik dari saya. Lebih sempurna dari saya. Lebih sopan dari saya (saya akui saya seorang yang kasar!) dan juga tahulah menjaga tutur. Tapi kadang-kadang keluar jugalah ayat-ayat 18sx. Hahahaha..
Itu kes dalam sekolah. Luar sekolah, kerja kami dua online Facebook lepas tu Chat. Saya biasanya akan like semua status dia, pemilik FB Nana Syamimi. Dia pun like lah juga status saya. Status dia kadang-kadang lawak, kadang-kadang jiwang karat! Kadang-kadang sedihlah juga. Sebagai twin a.k.a kawan dia juga, saya faham perasaan dia.
Kalau boleh, saya nak juga sekelas dengan Nana ni. Saya lebih suka berkawan dengan dia sebab kami berdua sangat memahami. InsyaAllah, satu hari nanti kami berdua akan masuk kelas yang sama.
Mie (saya selalu panggil dia Mimie), satu perkara jak aku nak padah an kau, eboh lupa UPDATE status kau selalu! Mun x da aku sekeh palak kau!
Saya selitkn chat kami berdua. Yang tak faham, faham-fahamkanlah ya?
p/s: Nana Syamimi tak suka mamat yang ada janggut so mana-mana laki yang nak usyar dia, pastikan janggut diPOTONG!!!