Cinta Sejati Bukanlah Kisah Dongeng

Assalamualaikum...


Letih giler saya hari ini. Biasalah, pelajar. Kalau tak letih bukan pelajar namanya tu. Okey, janganlah terkejut atau hairan sangat dengan tajuk saya. Saya nak kongsi pandangan saya. Tapi, saya akan ceritakan apa yang dah terjadi sebenarnya.


Adalah seorang kawan saya tu (rahsia!), dia suka dengan seseorang dalam diam. Dia dengan orang yang dia suka pun rapat. Lama jugalah dia simpan perasaan tu. Tetapi tak semua yang kita harapkan menjadi sebuah kenyataan. Orang yang dia suka tu dah pun berpunya. Jadi dia ni kecewa sangat sampai dia kata dia tak akan percaya lagi dengan ayat CINTA SEJATI. Bagi dia, cinta sejati hanyalah sebuah kisah dongeng yang akan tetap jadi kisah dongeng.


Korang setuju dengan kawan saya tu? Mungkin sesetengah ya, bersetuju dengan kawan saya. Bukan apa sebenarnya setuju, sama-sama kecewa. Dan pasti juga ada yang membangkang dan berkata cinta itu sememangnya realiti.


Definisi cinta adalah sebuah perasaan kasih sayang. Bukan sahaja bermaksud mencintai kekasih, ibubapa, keluarga dan rakan-rakan pun boleh. Namun kita biasanya menggunakan perkataan cinta khas untuk orang yang kita cintai. Luas maksud cinta. Walaupun kita mencintai seseorang, tak semua cinta akan kita miliki.



Cinta itu akan hadir jua dalam hidup seseorang. Kemungkinan cinta sejati. Jangan terlalu mencari cinta kita kerana, kita akan menemui cinta yang salah. Di sebabkan terlalu mencari, berlakunya kegagalan dalam percintaan dan membuatkan seseorang itu jemu untuk bercinta lagi. Kadang, kita merasakan rasa suka pada seseorang. Tetapi tidak semua perasaan suka itu akan berubah menjadi cinta. Mungkin di sebabkan kita kagum padanya. Jangan salah ertikan erti cinta.



Andai benar berasa jemu kerana gagal dalam percintaan, jangan menganggap cinta itu sebuah kisah dongeng. Memang setiap kisah dongeng yang melibatkan cinta mempunyai pengakhiran yang gembira. Namun ini kisah realiti yang memerlukan akal berfikir dan bertanya pada hati. Pada kaum wanita, tidak perlulah di cari siapakah kekasih hati kerana kaum lelaki sendiri akan mencari tulung rusuknya kembali. Bersabarlah....



Jangan menangis seandainya orang yang kita cintai telah di miliki. Mungkin dia bukanlah jodoh untuk kita dan mungkin bukan yang terbaik untuk kita. Yakinlah, Allah telah mengatur sesuatu pada kita dan hanya menunggu masa. Seeloknya, perasaan cinta kepada Allah janganlah dilebihi. Cinta kepada Allah adalah lebih baik daripada mencintai sama makhluk ciptaanNya. Cinta pasti terbalas olehNya.



::: Aku bukanlah pengemis cinta yang meminta cinta::: Izzul IsLam

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.