Assalamualaikum!
Petang dah hari, so saya pun nak lah update entry. Apa kes untuk kita hari ni? Waseh, bunyi macam dalam mahkamah saja. Tak ada kes sebenarnya tetapi saya nak kongsi sesuatu yang berkaitan dengan topik kita. Iaitu IDOLA .
Dalam hidup kita, mesti ada orang yang memberi inspirasi kepada kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau kepada para pelajar orang yang menyebabkan kita mahu belajar bersungguh-sungguh. Saya pun macam tu juga. Ada orang yang sentiasa memberi saya inspirasi untuk teruskan kehidupan yang penuh liku dan juga orang yang memberi saya semangat belajar bersungguh-sungguh.
Jadi, orang pertama yang memberi saya inspirasi adalah Nabi Muhammad SAW. Kekasih Allah. Rasanya sebagai umat Islam, Rasulullah SAW sangatlah popular. Peribadinya yang mulia itu menyebabkan kita mahu mengikuti seperti sikap-sikap yang terpuji. Saya pun nak juga ikut sikap macam Rasulullah. Sopan gitu.
Selain daripada Nabi Muhammad SAW, seorang lagi orang yang popular juga. Khalifah yang keempat dalam Khalifah Ar-Rasyidin. Wow, siapakah itu? Jeng jeng jeng! Itulah sepupu Nabi Muhammad SAW. Saidina Ali bin Abi Talib. Semua orang tahu mengenai sepupu Nabi Muhammad ni kan? Seorang yang membela agamanya. Seorang yang dekat dengan Nabi Muhammad. Seorang yang mencintai Rasul utusan Allah sehingga sanggup menggantikan tempat Nabi Muhammad ketika orang-orang Musyrikin hendak membunuh Nabi Muhammad.
So, apa yang hebat mengenai Saidina Ali ni?
Hebatnya mengenai sepupu Rasulullah ini adalah bagaimana dia berkata-kata. Hampir semua ucapannya itu bermakna. Kiranya ada isilah. Kalau kita zaman sekarang, cakap kosong saja banyak. Tak ada manfaat. Tak isi. Hampeh gitu! Tapi, Saidina Ali, kata-katanya tu penuh dengan mutiara yang mungkin sekarang kita tak akan temui lagi orang yang seperti Saidina Ali.
Itu dari segi agama. Sekarang kita beralih kepada pendidikan. Saya minat dua subjek. Sains dan Sejarah. Tapi saya mulakan dengan Sains dulu. Siapakah idola saya dalam subjek Sains? Rasanya orang Malaysia kenal sangat dengan Encik Angkasawan kita. Tak lain dan tak bukan iaitu Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.
(Handsome, kan? Smart lagi tu!)
Saya dulu, memang anti-Sains. Bagilah apa-apa kerja rumah fasal Sains, saya memang tak akan buat. Bukan apa, kena ingat itulah. Kena ingat inilah. Macam-macam benda kena ingat. Saya tak suka perkara ingat-mengingat ni. Sains saya masa tu pun C saja. Tak pernah naik-naik. Mak saya pula membebel dengan saya sebab semua subjek okey saja. Canteeek...Bila tengok Sains, terbeliak jugalah mata mak saya tengok kad laporan. Hehehe. Ampun mak!
Namun semuanya berubah apabila kehadirian Angkasawan Negara! Yearh! Penyebab mengapa saya berubah. Saya ikut segala perjalanan dia ke angkasa lepas. Jeles apa orang yang bukan calang-calang pat pergi ke angkasa? Dari situlah saya minat dengan subjek Sains dan akhirnya menyebabkan saya dapat A dalam ujian. (Tapi Math yang sekarang drop! Aduh..)
Untuk subjek Sejarah. Saya tak kenal mana-mana SEJARAWAN MALAYSIA. Serius! Saya tak kenal walaupun saya adalah peminat subjek Sejarah. Jadi, saya ambillah cikgu Sejarah saya. Macamlah tak kenal. Korang kan ada baca post yang ni. Orang yang sama mengajar saya subjek Sejarah, Mr. Muhammad Nur Hakim bin Abdul Rahman. (Panjang giler nama dia, kan?)
Bukan di sebabkan muka dia handsome yang menyebabkan saya tertarik dengan subjek ni tetapi cara dia mengajar yang sangat laju macam kereta api tak ada break. Hahaha, Mr. Hakim sorry kutuk tetapi realiti! Dia seorang yang relax dan cool (seperti korang tahu). Tetapi! Hah, jangan ingat muka cikgu Handsome ni tak pernah marah. Pernah! Tapi itu rahsialah. Biarlah sebagai kenangan saya.
(Yang baju biru tu Mr. Hakim)
Pesanan saya buat Mr. Hakim, mengajar janganlah cepat sangat nak explained. Saya yang ternganga dengar cikgu buat penerangan kat depan.
Seterusnya, fashion. Bukan fashion macam Lady Gaga. Tetapi fashion tudung HANA TAJIMA! Siapa tak kenal pereka tudung ni. Muka dah lah cantik, cun sangat bertudung.
(Muka macam Ella ada tak?)
Jujur saya mengaku, dulu saya memang jenis orang tak pakai tudung. Pakai pun bila nak pergi sekolah ataupun pergi mengaji. Terdetik di hati nak pakai tudung bila tengok sepupu saya, Kak Pjah bertudung dengan macma-macam fashion, hati saya tergerak dan berkata "Ya Allah, cantiknya kalau orang pakai tudung!" Jadi, saya niat ikhlas pakai tudung tanpa paksaan. (Sampai sekarang nak ikut style tudung Hana Tajima tak menjadi-jadi! ==')
Fashion dah, sekarang masuk ke bahagian sukan.
Saya kaki bola. Pantang tengok bola, confirm nak sepak. Hahaha... Sampai pernah mak saya kata dengan saya "Kau tu perempuan. Bukannya jantan. Semua fasal kau, bola. Makan bola baru tahu!".. Hahaha serius saya katakan, itu adalah minat saya. Lebih tepat hobi. Bukannya saya nak jadi pemain bola sepak pun. Tunggu saya dapat kalahkan Encik Matsah < -- (Ayah saya).
Siapa saya minat? Saya minat dua orang. Nazmi dan Mokhtar Dahari. Apa ingat saya minah tak kenal lagend bola sepak? Boleh blah okey? Memang kunolah saya kalau tak kenal lagendary bola sepak.
(Gewe saya.. ^.^ Perasaan giler!)
USIA sangat muda tapi sangat popular. Dulu orang tergila-gilakan Muslim Ahmad, sekarang Nami ni pula. Walaupun saya minat Nami, di hati tetap Muslim Ahmad! Dialah DEFENDER Malaysia yang terbaik. Bagi saya.
(Muslim Ahmad. Muka cam Fizz Fairuz ada tak?)
Lagendary bola sepak tanah air, Super Mokh!!! Yearh... SIAPA tak kenal dengan lagend bola sepak asal negeri Selangor ni. Kerana dialah Malaysia dulu sukar untuk di kalahkan sampai pernah sekali lawan Arsenal 2-0. Hebat apa?
(Super Mokh)
Itulah orang-orang yang memberi saya inspirasi. Panjang juga entry untuk kali ni. Tak apalah. Tangan dah gatal sangat nak menaip. Saya stop di sini saja. Kita jumpa di lain entry!
p/s: Siapakah idola anda?