1.45 p.m and 4.30 p.m

Assalamualaikum...

(SMK BANDAR BINTULU, BINTULU a.k.a SMKBB)



Baru balik dari sekolah sebab ada aktiviti gotong-royong membersihkan surau sekolah. Para pelajar yang hadir, tak adalah ramai. Boleh di kira dengan 20 jari saja. Well, weekend. Everyone has their own plan with their family. Tapi aku, sorry-lah. Hujung minggu sanggup dikorban untuk rumah Allah.



 Untuk pengetahuan korang, pelajar beragama Islam merupakan pelajar minoriti di sekolah aku. Pelajar Cina pula adalah pelajar majoriti di sekolah. Di dalam 1000++ pelajar, kami hanya ada 200++ saja. Sikitkan? Tapi, kami tetap happy!


Teringat waktu sekolah bila masa nak solat.


Pada jam 1.45 petang dan 4.30 petang, semua pelajar Islam kelas 3A akan mengatur langkah untuk ke surau bagi melaksanakan satu ibadah yang paling penting. S.O.L.A.T! Tak kira guru tu garang atau tak, kami bantai saja minta izin pergi solat. Nak solat pun, bukan nak ponteng. :)


(Bahagian Lelaki)
(Bahagian Perempuan)


Surau sekolah memang akan penuh dengan pelajar bila waktu-waktu seperti di atas sudah datang. Pelajar lelaki biasanya akan solat berjemaah berimamkan seorang guru atau akan dilantik seorang pelajar yang baik bacaan surahnya untuk menjadi imam. Bagi pelajar perempuan, kami solat solo-solo. Tapi aku biasanya, join solat berjemaah dengan budak lelaki jugalah. 


Bila Allah dah panggil, kita kenalah pergi untuk menghadapNya. Belajar tetap belajar tapi sepatutnya kena cari jalanlah untuk cari sedikit ruang waktu bersamaNya. Sibuk cari ilmu, kalau solat di tinggal, takut Allah tak redha dengan ilmu yang kita miliki. Susah juga kita nanti.


Always ingat, SOLAT merupakan benda pertama yang akan dihisab di alam barzakh nanti sebelum hal-hal yang lain. Macam korang biasa dengar, solat umpama tiang agama. Siapa yang tak solat, umpama meruntuhkan tiang agamanya sendiri... Itu adalah perkara yang benar.


Aku tak tunding jari pada sesiapa sebab aku menunding jari ke arah aku sendiri. Peringatan ini, sama-samalah kita ingat. 



(Sebelum masuk Surau, bagi salam bro!)


(Tempat wuduk lelaki)


(Hazirah tengah iron langsir)



(Tengah pasang langsir)

Until here then :)



p/s:

  • Gadis yang tengah pasang dan iron langsir tu, nama dia Nur Hazirah AMI. 
  • Gambar sekitar sekolah aku
  • Aku letih tapi bahagia sebab surau 99.99% bersih :)










Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.