Happy Birthday... 28 Sudah!

Assalamualaikum.


Okey, first at all jangan confuse, terkejut, suspen or apa-apa sajalah! Sebab bukan aku yang berumur 28 tahun. Yang berumur 28 tahun tu adalah Mr. Muhammad Nur Hakim bin Abdul Rahman. Yay! Happy birthday!!! (Over excited pula aku).

Kepada Mr. Hakim a.k.a Mr. Akeng, semoga panjang umur, di murahkan rezeki dan yang paling penting... cepat kahwin! Amiiiin... InsyaAllah-kan Mr. Hakim?

Happy Birthday!


Siapa yang rajin baca blog aku, mesti korang kenal sikit-sikit siapa Mr. Hakim. Jadi entry kali ni aku akan kenalkan siapa lelaki kacak yang menjadi kegilaan ramai wanita ni. Aisehhh.. ayat. Kaki ampu betol!

Bagi pandangan akulah, Mr. Hakim adalah seorang yang penuh dengan ilmu pengetahuan, seorang pendengar dan penasihat yang baik.. dan.. dan.. dan.. seorang guru seni yang hebat.

Masih fresh di ingatan aku masa first time dia masuk kelas 1A. Muka dah-lah macam student lepas graduate. Muncul soalan di fikiran "Eh, budak U mana yang tersesat masuk kelas ni?" Hahaha... First rule dia pernah bagi adalah ; saya tak suka ada pelajar yang masuk kelas selepas saya. Tapi tetap juga ada pelajar yang masuk kelas lepas dia.


Guru Yang Pelbagai.


Mr. Hakim merupakan guru kegemaran kebanyakan pelajar. Macam aku, Chrisper, Arif dan ramai lagi kawan-kawan aku yang lain. Dia ni macam 'google' bergerak. Tanyalah apa-apa saja benda yang korang nak tanya, dia macam ada pelbagai jawapan untuk korang. Itulah baru cikgu namanya! Cikgu yang pelbagai. Kalau korang kenal dia dengan lebih mendalam, confirm korang tabik spring habislah sebab dia mengajar penuh dengan semangat. Jiwa keguruan memang terasalah. Perghhh... Ini bukan puji, tapi realiti. Ayat keramat Mr. Hakim yang tak pernah aku lupa;

Setiap langkah saya ke kelas kamu, penuh dengan semangat untuk mengajar kamu.

Sekarang mana senang nak jumpa guru yang berwibawa, penuh dengan semangat dan mengajar penuh keikhlasan. Seriously-lah, dia seorang yang sempoi dan kreatif. Pernah sekali tu dia bawa kami sekelas belajar bawah pokok. Best wooo! Angin meniup sepoi-sepoi bahasa. Rasa macam fun-lah belajar bawah pokok. Lepas tu dia tak bawa kami lagi belajar bawah pokok sebab students cina mengadu tak selesa. Itulah memori belajar yang paling manis pernah aku ada. Mr. Hakim, buatlah lagi! Best apa?

Itu dulu... Dan sekarang...

2 tahun dia bersama kami. 2 tahun dia mengajar sejarah kelas kami. Pelbagai benda dah dia tempuh di SMKBB. Semuanya membuatkan dia menjadi guru yang sangat matang dan dihormati semua. Sebut saja nama 'Cikgu Hakim', semua pelajar kenal. Wah, famous sudah!

Aik, malu? :)


Aku rasa dia dah banyak sangat berkorban. Dia sanggup tinggal berjauhan dari family dia. Sanggup tinggalkan negeri yang dia sayang, Teganu. Semata-mata untuk mencurahkan ilmu yang dia ada. Terkadang bila aku tengok dia, mesti aku sebak, nangis dan sedih. Besar pengorbanan dia untuk anak-anak muridnya. Pengorbanan dia yang paling besar kot bagi aku, dia tinggalkan kadet bomba untuk fokus mengajar kelas 3A dan 3E. Sebak hati aku wey, bila dia kata dengan aku dia dah out dari kadet tu. Mesti kehilangan yang sangat besar bagi kadet bomba. Itulah kerjaya seorang guru. Penuh dengan pengorbanan untuk sekolah, anak murid dan negara!

Tapi anak murid saja yang tak tahu betapa besarnya seorang guru dah berkorban untuk diorang.


Lastly, aku doakan Mr. Hakim dapatlah pindah balik Teganu. 2 tahun apply tak dapat-dapat. Hahaha... Satu geng dengan Mr. Bob. Semoga tahun ni dapatlah ya Mr. Hakim dan Mr. Bob? Mr. Tun Arafi dan Ost Faez biar saja stay sini! Haish.. Jahat betul aku ni. Hohohoho...

Dia yang layak... 



Dia yang selayaknya mendapat anugerah guru contoh.




p/s:
  • Entry khas untuk Mr. Hakim
  • Semoga sentiasa menjadi guru kegilaan ramai. ^_^

Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.