Tak nak BOYFRIEND tapi nak HUSBAND

Assalamualaikum dan selamat menyambut tahun baru!!!! Yay!


Mesti ramai yang buat azam baru, kan? Hahaha... Memang menjadi adat rasanya kalau tahun baru saja, azam baru. Tak tahulah kalau azam tahun lepas sudah di realisasikan atau tidak. Itu semua, hak masing-masing. Tahun ni aku rasa aku hanya ada satu azam sebab azam yang tahun lepas punya aku nak teruskan tahun ni. Jadi apa azam aku?


Azam aku adalah : TAK NAK BOYFRIEND TAPI NAK HUSBAND.


Kalau mak aku tahu ni, dalam lingkungan 90% mesti dia akan jadi gaban dan selebihnya dia rasa aku akan selamat sebab tak ada boyfriend. Agaknyalah. Hanyalah ramalan yang tidak boleh di ikuti.


So, apa mimpi sampai aku ada azam macam tu. Let me explain.

1. Tak akan expired.


-- Azam aku yang ni mesti tak akan expired dan akan expired bila aku dah dapat suami nanti. Yalah, mengingatkan aku jangan dulu bercinta dalam keadaan poket kosong. Duit belanja mak masih beri, tak kan aku ngegeh nak bercinta, an an an??? Hah, tunggu lepas belajar. Kemudian kerja, kukuh ekonomi barulah boleh fikir fasal kahwin. Jeng Jeng Jeng!!!




2. Thank you to Bro Aiman Azlan << Malaysian YouTube Vlogger


(gambar di 'ciplak' dari upfiruz.wordpress.com)


Aku tak tahu sejak bila aku jadi promoter untuk budak-budak vlogger. Hish.... Macam mana aku boleh jumpa Aiman Azlan? Begini kisahnya... 




On one day bila aku tengah tengok satu video, tepi tempat suggestion video tu ada satu video Aiman Azlan. (Video yang di atas tu). Hati tergerak untuk tengok, jadi aku tengoklah. Komen aku adalah not bad sebab very awesome! Dia ni macam Anwar Hadi juga. Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Aku rasa tak salah untuk diorang speak in English. Alasannya adalah biar satu dunia faham apa yang dia cakap dan sampaikan.




So, apa kaitan dengan azam aku?


Kaitannya adalah satu video yang dirakamkan ketika dia beri ceramah di Surau an-Nur, Kolej MARA, Banting.





Lepas tengok video tu, aku langsung buang impian untuk dapatkan seorang boyfriend dan menanam impian untuk dapatkan seorang suami. 


Dia adalah salah seorang pelajar Malaysia yang belajar di University of Toronto, Canada. Tahun ni adalah tahun terakhir dia belajar di sana. Cara dia sampaikan dakwah sangat simple dan santai. Mudah difahami dan yang paling penting aku suka.  


Aiman Azlan sedarkan aku dari pelbagai aspek. Terharu gila wey sebab ada seorang manusia yang hebat macam dia. Nangis jap. Huhuhuhuhuhuhu... :')


Jadi penutupnya, tak kira apa saja korang punya azam tahun ni. Buatlah yang terbaik dan usahakan untuk merealisasikan azam korang. 


Sekian, terima kasih. ^_^




p/s:

  • aku pernah terfikir nak kahwin awal, tapi nanti mak mesti kejar aku dengan penyapu.
  • terima kasih kepada Bro Aiman sebab membuatkan hati aku kembali menerima perasaan cinta (ceh!)
  • terima kasih kepada YouTube untuk video dan terima kasih kepada Google Images untuk gambar.












Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.