Aplikasikannya!

Assalamualaikum.

"Syah, kenapa kau minat bidang photograph?"


Seorang kawan telah bertanya. Dan jawapannya adalah senang dan simple saja. Fotografi dan kehidupan aku sebagai seorang pelajar saling berkaitan kerana kedua-duanya memerlukan pemikiran yang kreatif. Sebagai si pengambil gambar, aku memerlukan pelbagai sudut dan perspektif bagi mendapatkan sebuah hasil gambar yang cantik. Begitu juga dalam menjadi seorang pelajar.




Seorang pengambil gambar yang hebat tidak memerlukan camera berjenama mahal kerana yang mejadikan sesebuah gambar itu cantik adalah bagaimana si pengambil gambar mengambil gambar. Jika kena pada tempat, cantiklah sebuah gambar yang akan diperoleh. Akan tetapi... ada tetapinya! Ia memerlukan beberapa kali tangkapan gambar dari pelbagai sudut dan perspektif.



Dalam hidup seorang pelajar pula, akan ada satu ketika di beri soalan yang agak mencabar. Untuk mencari sebuah jawapan yang tepat lagi benar, amatlah sukar kerana manusia mempunyai pelbagai pendapat dan pemahaman. Sebagai contoh, erti TAMADUN. Dari sesebuah masyarakat di sesebuah negara, maksud tamadunnya lain. Dari pandangan barat dan pandangan Islam juga lain. Maksud tamadun dari pakar sejarah juga lain. Maka tidak mungkin kita peroleh satu jawapan saja. Pelbagai jawapan yang akan kita terima. (Kecuali Sains dan Math). Maka, apabila menerima satu soalan. Jangan hanya mencari satu jawapan. Carilah pelbagai jawapan kerana ia mungkin menjadi jawapan alternatif kepada korang.



Kedua-duanya saling berkaitan.


Ia berkaitan kerana terlibat dalam bagaimana cara kita berfikir.


Kadang kita tak sedar pun, apa yang kita suka, ada kaitan dalam hidup seorang pelajar......




p/s:


  • mak aih... menggunakan bahasa melayu tinggi. houktui!
  • gambar kamera 'di ciplak' dari tumblr. dan ada yang dari blog ni






Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.