Baru Sekarang Faham.

Assalamualaikum dan salam Jumaat!


Nak sharing sikit, benda yang mengambil masa setahun, baru aku faham. 


Flashback tahun 2012...


Ustaz Faez : Kalau ada orang tanya kamu apa cita-cita kamu, jangan jawab kamu nak ke syurga.

Pelajar : Aik? Nak jawab apalah, Ustaz?

Ustaz Faez : Jawablah kamu bercita-cita mencari keredhaan Allah SWT.


Pada mulanya aku tak faham. Pada mulanya aku tertanya-tanya. Manusia mana yang tak nak ke syurga? Even aku pun nak masuk syurga. Aku tak faham, aku tertanya-tanya dan soalan tu menjadikan aku kebingungan. Aku tak nak tanya Ost Faez sebab aku nak cari jawapannya. 


Bila dah tahun 2012 tinggalkan aku, kemudian barulah aku faham maksud Ost Faez.


Kalau kita di tanya apa tujuan kita menyembah Allah? Apa jawapan yang akan kita berikan? Salah satunya adalah :-

  • Ingin masuk ke syurga
  • Menghindarkan diri dari azab api neraka

Jika seandainya, syurga dan neraka tak wujud. Adakah masih kita menyembah Allah? Adakah kita akan sujud menunduk kepada Allah? Apakah kita akan berdoa untuk meminta Allah memasukkan ke dalam syurga dan hindarkan diri dari azab neraka? Adakah kita terus melakukan segala perintahNya?

Sebab tulah Ost Faez kata, kalau ada orang tanya apa cita-cita kita. Jawablah mencari keredhaan Allah. 


Ustaz Mohd. Faez bin Mat Zin, syukran jazilan!




p/s:

  • Tak sangka, lepas setahun baru aku faham. :)

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.