3 Prinsip

Assalamualaikum!


Yeah, bersemangat di tengah malam kerana dapat menulis entry kedua pada tahun baru sambil mendengar lagu 'Lagu' dari bedroom sanctuary. :)


Sebelum ni adalah idea nak buat entry tapi semuanya tergendala kerana kerja rumah yang agak banyak dan sangatlah membingungkan kepala. Walaupun kerja rumah setinggi gunung, aku still happy sebab dapat ilmu baru. Ilmu tu, bro! Siapa yang tak nak kan? Tapi tak tahu koranglah.

Dalam masa dua minggu sekolah, ada sorang member tanya.

"Syah, kenapa otak kau dapat accept semua data yang diberi oleh cikgu?"

Hahaha... Jangan tanya aku siapa yang tanya soalan ni. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku sedar juga hal tu dua tahun yang lepas. Dalam orang terkial-kial nak terima ilmu, otak aku mudah terima. Rasanya sebab doa mak kot. Mak tu oiii.. Doa mudah dimakbulkan. Jadi janganlah derhaka dengan mak. Nanti ada dia sumpah jadi kereta Ferrari or peti ais Panasonic atau handphone iPhone 5. Teruk nanti. Thank you Mak and thank you Allah!


Mungkin juga aku menggunakan 3 prinsip iaitu;

1. Don't care about grade!


- On one day, aku tanya pada si ayah tentang kedatangan Jepun di Tanah Melayu. Dengan selambanya dia menjawab tanpa tertinggal satu fakta pun. Bro and sis, umur ayah aku tu 40++ tapi masih ingat apa yang cikgu sejarah dia ajar dulu. Lebih 20 tahun kot tinggalkan sekolah. Perkara tu sangat membuatkan aku terpegun habis. 

Kata ayah, belajar bukan sebab nak kan grade atau tempat pertama. Tapi cubalah belajar untuk menghayati dan memahami satu-satu subjek tu. Itulah prinsip dia yang menjadi salah satu prinsip aku. Salute!


2. Get a good quality of sleep. 

- Tidur memang penting sebab kalau korang tidur akhir atau langsung tak tidur, boleh menyebabkan hilang fokus sewaktu PnP. Dan boleh mengakibatkan korang kena bantai oleh cikgu. Otak pun perlu rehat bro. Organ tu bukannya mesin yang 24/7 menjalankan tugasnya iaitu berfikir. Even mesin pun perlu rehat atau benda tu tak akan boleh guna langsung nanti. Siang kita carilah ilmu. Malam tu rehat. 


Pernah sekali, aku tak tidur langsung. Esok hari pergi sekolah, tak satu 'data' pun yang di terima oleh otak aku. Yalah, letih giler bekerja tak henti. Akhirnya aku rugi, sebab... sebab tak dapat ilmu yang dicurahkan. Balik rumah, aku tidur sekejap. 4-6 jam kemudian, aku bangun dan baca balik apa subtopik yang belajar pada hari tu. Pengajarannya, please-lah jangan tidur akhir. Macam melanggar hukum alam saja.


3. Smash your teacher with questions!


- Sesetengah kawan aku kata...

"Syah, soalan kau peliklah!"
"Syah, soalan kau bukan dalam silibus!"
"Syah, apa ke benda yang kau tanya cikgu tu."

Dan diorang pun tak henti Syah Syah Syah and Syah.. bersertakan soalan. 

Kawan-kawan aku melabel aku sebagai pelajar yang suka menyoal. Wey, kalau tak soal, sesat jalan. Pepatah tu memang melakukan tugasnya. Hehehe... 

Tanyalah soalan kepada cikgu korang kalau korang tak faham. Tapi kalau ada cikgu korang kata macam ni;

Lembap betul otak kamu sampai tak dapat masuk apa yang saya ajar. (Tapi dok mungkin cikgu ghoyat lagu tu.)

Jawablah: Sekurang-kurangnya saya bertanya daripada saya menjadi salah seorang pelajar yang menyumbangkan penurunan peratusan subjek cikgu.

Serius, jawablah macam tu. Confirm kecut perut cikgu tu nanti. Hahahaha... kejam betul aku ni. 

Kadang-kadang, akal akan bertanya kenapa macam ni dan kenapa macam tu. Kita tak mungkin terus dapat jawapan jadi kita kena cari jawapan. Cari dari buku, internet dan guru. Jangan malu bertanya sebab kemungkinan besar korang akan sesat 'jalan'. Aku paling suka bertanya dengan Mr. Hakim! Soalan yang aku berikan pelik dan kadang-kadang di luar silibus. Macam soalan ni;

Cikgu, Amerika Syarikat tu sebuah empayar atau tamadun?

Kalau ikutkan, itu adalah soalan yang sepatutnya di tanya oleh pelajar tingkatan empat tapi boleh di tanya oleh pelajar yang otak standard-nya adalah tingkatan tiga. 

Dalam mencari jawapan, jangan hanya cari satu jawapan. Cari banyak-banyak jawapan supaya akal tak terikat pada satu jawapan saja.


Konklusi:

Jika di kumpulkan seluruh dedaun untuk dijadikan kertas dan dikumpulkan seluruh air laut dijadikan dakwat, tidak akan cukup untuk menulis semuanya kerana ilmu Allah itu luas dan tiada batasan.






p/s:

  • pictures credit to Google Images.
  • seorang kawan aku ada kata yang aku ni sangatlah mencabar ego seorang guru kerana bertanyakan soalan yang pelik.
  • Mr. Hakim, saya minta ampun kalau soalan saya menyusahkan dan membingungkan cikgu. Sorry sebab menyusahkan Mr. Hakim!









Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.